fbpx
Anggota Rela mengemas khemah penempatan mangsa banjir selepas banyak PPS ditutup setelah banjir surut di Kemaman hari ini.

Banjir: Terengganu pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya selepas hampir semua 66 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, buat masa ini, mangsa banjir hanya tinggal sembilan orang daripada tiga keluarga.

“Mereka masih berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor di sini.

“Dua PPS yang dibuka sebelum ini iaitu Surau Kampung Ban Ho dan SK Bukit Mentok di sini telah ditutup secara berperingkat mulai pukul 9 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, banjir di Bukit Mentok juga dijangka bakal pulih sepenuhnya pada petang ini.

Beliau berkata, ia berikutan cuaca baik di seluruh Terengganu sejak semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN