PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca adalah cerah di semua negeri sekitar semenanjung pagi ini.
MetMalaysia dalam laporan cuaca di laman YouTube berkata, keadaan cuaca yang baik ini dijangka akan berterusan sehingga petang ini.
“Tinjauan cuaca untuk negeri Sabah dan Sarawak pula, begitu juga keadaannya untuk kedua-dua negeri berkenaan keadaan cuaca dilihat cerah di kesemua bahagian negeri Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
“Selain itu, hujan lebat dan ribut petir hanya dijangka akan berlaku di beberapa kawasan sekitar pedalaman Sabah dan hampir kesemua kawasan di Sarawak menjelang petang nanti,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE