fbpx

Perak juara lagi buat kali ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Perak meraikan kejayaan menjuarai Piala Tun Abdul Razak musim ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Perak menepati ramalan apabila menjuarai saingan Piala Tun Abdul Razak selepas menewaskan Pahang 2-1 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ia menyaksikan Perak berjaya mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu sekali gus memenangi trofi yang ke-11 dalam sejarah penyertaan Piala Tun Abdul Razak.

Dalam aksi itu, Perak terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Muhammad Akram Hakkam Jamaluddin seawal minit kelima sebelum Pahang mengikat kedudukan menerusi jaringan Ismail Abu pada minit ke-37.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Abdul Sukur Adam itu memastikan trofi menjadi milik mereka menerusi jaringan kedua daripada Saiful Sharil Saiful Bahri pada minit ke-44 yang akhirnya muncul gol kemenangan buat Perak.

Kapten Perak, Shazrul Imran Nazli berbangga dengan semangat juang ditunjukkan rakan sepasukannya yang tidak berputus asa mencari gol kemenangan dalam aksi tersebut.

“Saya tak nafikan bahawa perlawanan ini sangat sengit sehingga akhir perlawanan. Alhamdulillah, kami masih berjaya mengekalkan kejuaraan untuk tahun ini,” katanya selepas tamat aksi final tadi.

DUA pemain Perak (jersi kuning) cuba menghalang pemain Pahang menjaringkan gol pada aksi final Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. – MHC

Sementara itu, Melaka menutup kempen musim ini dengan memenangi tempat ketiga selepas menewaskan finalis tahun lalu, Terengganu 3-0 pada penentuan tempat ketiga dan keempat petang tadi.

Tiga gol Melaka diperoleh menerusi dua jaringan Muhammad Firdaus Omar melalui pukulan sudut penalti dan satu daripada Mohamad Faid Farhadh Mohamad Shah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI