fbpx

Belanjawan Johor 2022 berlangsung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohammad akan membentangkan Belanjawan Johor 2022 esok.

JOHOR BAHRU – Belanjawan Johor 2022 yang bakal dibentangkan esok akan memberi tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi pasca Covid-19 dan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri sedia maklum mengenai cabaran yang dihadapi rakyat ekoran ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak dua tahun lalu.

“Ancaman Covid-19 yang kini beransur pulih bukanlah bererti bahawa ekonomi kita turut pulih sepenuhnya, tentunya tidak. Sesi libat urus ini bertujuan untuk berbincang bersama-sama kepimpinan daerah bagi menghasilkan bajet sempurna dan bersifat menyeluruh.

“Apa yang kita akan lakukan dalam usaha membantu rakyat adalah dengan memastikan pemulihan ekonomi, khususnya memperkasakan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan memperbanyakkan pinjaman untuk mereka memulakan perniagaan.

“Selain itu, kita akan memastikan rakyat yang kehilangan pekerjaan diberi peluang dengan menyediakan pelbagai kemahiran ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ supaya mereka boleh bekerja, sekali gus membolehkan ekonomi dijana semula,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI