fbpx
KETUA pasukan Sabah, Risto Mitrevski muncul wira pasukan itu apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan kemenangan kepada pasukan itu menewaskan PJ City. – FB SABAH FOOTBALL CLUB

Henjutan terakhir bawa The Rhinos ke saingan suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui puas selepas menyaksikan anak-anak buahnya ‘bermandi peluh’ untuk meloloskan diri ke pentas suku akhir Piala Malaysia dengan menewaskan Petaling Jaya City (PJ City) 1-0 kelmarin.

Pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, skuad The Rhinos memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri untuk mengutip tiga mata berharga pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D sekali gus memintas kedudukan kedua yang sebelum ini dihuni PJ City.

Kata Kim Swee, pasukannya telah memberikan tumpuan penuh di atas padang dengan berjaya mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan sekali gus menutup ruang The Phoenix bangkit mengutip mata.

“Barisan pemain mendengar arahan taktikal yang saya terapkan. Mereka berjuang sepenuh tenaga seawal minit pertama sehingga wisel penamat ditiupkan untuk mempertahankan kelebihan yang dimiliki.

“Menentang PJ City bukanlah tugas mudah kerana kita tahu mereka ada kualiti yang tersendiri dan boleh memberi cabaran khususnya ketika melakukan serangan selain mereka juga dapat bertahan dengan baik.

“Namun, masih ada beberapa kelemahan yang saya harap dapat diperbaiki sebelum aksi suku akhir nanti kerana banyak pe­luang yang kita cipta tetapi ha­nya dapat menjaringkan satu gol,” katanya.

Sabah FC bakal berentap de­ngan pasukan Melaka United yang menjuarai Kumpulan C pada aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN