KISAH putus cinta pasangan penyanyi popular, Ismail Izzani dan Shalma Eliana yang membabitkan Bunga Isme nampaknya semakin meleret-leret.
Terbaharu, nampaknya kekasih Bunga pula bersuara dengan menjelaskan penyanyi rap itu bukan punca putusnya hubungan Ismail dan Eliana.
Pelik juga mengapa nama Bunga yang terkait. Semuanya mungkin tercetus apabila ada netizen yang membuat dakwaan Ismail mempunyai skandal dengan seorang wanita bertudung dan akhirnya Bunga yang menjadi mangsa.
Mizz Lahar pada awalnya malas nak ulas mengenai hal ini tetapi sebab semakin tak ada hujung pangkal, geram pula rasanya. Nampaknya Ismail masih lagi tidak sunyi daripada tuduhan curang ya. Curang cinta okey lagi, jangan masa kahwin pun curang, parah.
Sabarlah Bunga. Anggap ini pun satu ujian untuk kamu berdua, jangan pula ikut jejak mereka.
MIZZ LAHAR: Semoga Shahrulezad cepat sembuh daripada Covid-19.














