fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan di KM 392.1 Lebuhraya Utara Selatan dekat Tanjung Malim.

Remaja lelaki maut kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 392.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini sebentar tadi.

Mangsa, T. Kesavan, 19, yang memandu kereta Proton Saga cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 7.27 malam membabitkan kereta dipandu mangsa dan sebuah lori dipandu lelaki berusia 29 tahun.

“Operasi menyelamatkan mangsa tersepit segera dijalankan dan mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan.

“Mangsa bagaimana pun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu lori yang cedera pada bahagian kepala dihantar menaiki ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI