fbpx

Hamilton resah Verstappen pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mengakui bahawa jenteranya dalam keadaan baik, namun resah dengan prestasi Verstappen yang lebih pantas. – AFP

MEXICO CITY – Pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mengakui pencabarnya dari Red Bull, Max Verstappen terlalu pantas menje­lang perlumbaan Grand Prix (GP) Mexico di Litar Hermanos Rodriguez awal pagi esok.

Bagaimanapun, Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali tekad untuk memberikan saingan kepada pesaingnya itu dalam senarai kejuaraan dunia musim ini apabila dibezakan dengan 12 mata.

Ramai yang mendakwa Vers­tappen tidak berdepan kesukaran untuk memastikan kemenangan pada GP Mexico me­mandangkan dia memiliki re­kod cukup baik setiap kali berlumba di situ.

“Saya dapat rasakan jentera berada dalam keadaan terbaik dan tidak berdepan sebarang masalah untuk hari perlumbaan nanti. Kami sudah berikan segala-galanya untuk pastikan jentera mampu hasilkan prestasi terbaik.

“Bagaimanapun, sangat jelas mereka (Red Bull) lebih pantas berbanding kami ketika ini. Walaupun demikian, kami sedia untuk melakukan yang terbaik,” kata Hamilton.

Dalam pada itu, rakan sepa­sukan Hamilton, Valtteri Bottas percaya mereka mampu untuk memberikan saingan kepada Red Bull sekiranya mereka dapat memastikan tayar lebih cengkaman ketika perlumbaan.

“Cengkaman tayar di sini agak mengelirukan kerana kadang-kadang ada debu atas trek sehingga sukar untuk kami kawal jentera. Mungkin dengan sedikit perubahan, kami bo­leh beri saing­an kepa­da mereka,” ujar Bottas.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI