SAINGAN Liga Perdana Inggeri untuk minggu kelapan menutup tirainya selepas berakhir perlawanan antara Arsenal dan Crystal Palace di Emirates yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi berkenaan.
Semua pengurus Fantasi Premier League nampaknya sudah memperoleh hasil daripada percaturan yang dibuat sebelum ini dalam misi meraih mata yang tinggi untuk saingan minggu ini.
Paling menonjol minggu ini sudah pasti Liverpool yang berjaya membelasah Watford 5-0 dan mereka yang mempunyai paling ramai pemain pasukan itu sudah pasti tersenyum lebar melihat mata yang diperoleh terutama ketika memilik Roberto Firmino menjadi ketua pasukan selepas meledak hatrik.
Kosmo! kali ini menyenaraikan lima pemenang saingan Fantasi Premier League bagi minggu kelapan yang bakal meraih hadiah mingguan sebanyak RM200 setiap seorang.
PEMENANG FANTASI PREMIER LEAGUE
MINGGU KELAPAN
Pasukan: OVEREXPOSED (93 mata)
Nama Pengurus: MI BF
Pasukan: Azrdn7xgaming (90 mata)
Nama Pengurus: Mohamad Azrudin
Pasukan: Mahwaku FC (88 mata)
Nama Pengurus: Chuah Kee Man
Pasukan: Madusalah (87 mata)
Nama Pengurus: Ariff Wahab
Pasukan: Kiku FC (86 mata)
Nama Pengurus: Kiku Khairil














