fbpx

Britain destinasi paling disukai UFO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENEMUAN UFO di Yorkshire berlaku sejak tahun 1990-an.- EXAMINERLIVE. CO.UK

LONDON – Daerah Yorkshire  dilaporkan menjadi lubuk aktiviti objek terbang tidak dikenali (UFO) di Britain dengan lebih 200 pertembungan dilaporkan sejak dua dekad lalu, demikian menurut akhbar Daily Star.

Lebih mengejutkan, Yorkhire mencatatkan 192 laporan tentang UFO antara Mac hingga April tahun lalu yang merupakan peningkatan 200 peratus berbanding  tahun 2019.

Penampakan terbaharu berlaku pada 9 Jun tahun ini di Leeds apabila dua UFO berbentuk segi tiga  dan nipis dilihat terbang di langit sebelum berhenti di ruang udara sekitar pukul 12.55 pagi(waktu tempatan).

Penyiasat paranormal tempatan dikenali sebagai Brian mendakwa bahawa dia terjumpa beberapa UFO semasa memeriksa bangunan-bangunan lama pada waktu malam.

“Mereka (UFO) tertarik kepada Yorkshire kerana ia kawasan tinggi, terbuka dan memiliki banyak pangkalan tentera yang tidak lagi digunakan.

“Terdapat lebih 100 pangkalan, kubu bawah tanah dan trek Tentera Udara Diraja Britain. Semua lokasi ini tidak diketahui ramai dan tersembunyi,” katanya.

Brian  mendakwa bahwa dalam tempoh seminggu lalu, pasukannya telah melihat empat UFO dalam masa satu malam.

“Ia bukan penerbangan komersial kerana objek-objek tersebut terbang bersaing dalam laluan sama,” ujarnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI