fbpx

Tiada vaksinasi, tidak boleh rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Individu yang masih belum lengkap vaksinasi atau enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 tidak dibenarkan melakukan aktiviti rentas negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat utama kebenaran untuk merentas negeri bermula esok adalah kepada mereka yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Walaupun mungkin tiada sekatan jalan raya (SJR) khusus untuk sekatan rentas negeri, tetapi pihak polis boleh pemeriksaan di mana-mana sahaja termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Pemeriksaan secara rawak akan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“SJR yang dilakukan oleh pihak polis bagi menjamin keselamatan negara juga boleh membuat pemeriksaan terhadap aplikasi Mysejahtera,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kebenaran rentas negeri tidak termasuk bagi kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana tiada pergerakan keluar masuk ke kawasan itu dibenarkan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN