fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan seorang wanita diragut di hadapan rumahnya di Klang, kelmarin.

[VIDEO] Wanita jadi mangsa ragut depan rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nasib malang menimpa seorang wanita apabila dia menjadi mangsa ragut dua lelaki di hadapan rumahnya di Klang, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.10 petang itu berjaya di rakam televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai dari kediaman mangsa.

Berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat itu, kelihatan wanita terbabit berada di dalam sebuah kereta sebelum didatangi seorang lelaki dari arah belakang kereta dengan berjalan kaki.

Lelaki berbaju putih itu kemudiannya telah membuka pintu kereta mangsa sebelum melarikan beberapa barangan milik mangsa.

Pada masa sama, kelihatan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki dipercayai rakan suspek turut membantu lelaki berbaju putih itu melarikan diri.

Wanita terbabit cuba mengejar kedua-dua suspek, namun gagal.

Difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan berhampiran Kampung Raja Uda, Klang dan antara barangan yang dilarikan suspek adalah seperti beg duit, telefon bimbit dan beberapa barangan berharga lain.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan kedua-dua suspek dan meminta pihak berkuasa segera menangkap mereka.

“Tubuh sihat, mata sihat, kaki tangan otak semua sihat, tapi pencuri kerjanya, bukan nak cari kerja halal., sabar akak,Allah bayar ‘cash’ tunggu je,” tulis Afiq Shazwan Alias.

Pada masa sama, netizen turut menasihatkan orang ramai terutamanya wanita supaya sentiasa berhati-hati walaupun sudah berada di hadapan rumah.

“Wanita perlu berwaspada, walaupun depan rumah, jangan cuai, orang disekeliling kita sentiasa ambil kesempatan dan memerhati gerak-geri kita. Utamakan keselamatan diri dan harta kita,” kata Rozilah Rozilah.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN