fbpx
Ismail Sabri

PM buat sidang media khas petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang media khas yang bakal disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang ini.

Sidang akhbar itu boleh disaksikan menerusi beberapa platform, antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, Alhijrah dan di laman Facebook.

Sidang Media Khas yang dijangka berlangsung pada pukul 3 petang hari ini.

Beliau dijangka membuat pengumuman berkenaan kebenaran rentas negeri memandangkan kadar vaksinasi dewasa telah mencecah 89.7 peratus semalam.

Sebanyak 0.3 peratus sahaja lagi diperlukan bagi mencapai syarat kadar vaksinasi 90 peratus ditetapkan sebelum kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN