fbpx
HAMILTON akan menggunakan beberapa komponen baharu pada enjin untuk aksi di GP Turki malam ini. – AFP

Red Bull dakwa Mercedes bergelut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Pasukan Red Bull percaya seteru utamanya, Mercedes tiada pilihan selain terpaksa menukar enjin baharu untuk pemandunya, Lewis Hamil­ton menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Turki yang berlangsung malam ini.

Pada sesi latihan kelmarin, Hamilton tampil cemerlang de­ngan menguasai kedua-dua sesi tersebut, namun akibat perubahan pada enjin jenteranya, pemandu kelahiran Britain tersebut akan dikenakan penalti 10 petak.

Mercedes dikatakan tidak me­lakukan pertukaran menyeluruh pada komponen enjin mereka sekali gus Hamilton terselamat dikenakan penalti untuk bermula di petak terakhir di Turki.

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner mengakui Mercedes kini mengambil langkah berhati-hati berikutan prestasi tidak menentu unit kuasa mereka sejak beberapa perlumbaan sebelum ini.

“Saya rasa apa yang kami faham mereka terpaksa untuk melakukan pertukaran itu. Kami melihat mereka juga berdepan masalah yang serupa dengan pasukan lain yang menggunakan enjin Mercedes.

“Perubahan yang dilakukan Mercedes tidak mempengaruhi kami dan apa yang kami lakukan adalah kerana sukar untuk kekal menggunakan tiga enjin sehingga akhir musim. Kami tidak berjaya melakukannya.

“Mereka (Mercedes) tidak me­lakukan pertukaran menyeluruh pada unit kuasa mereka dan kita akan lihat bagaimana pengakhiran mereka.

“Kami mengambil risiko dikenakan penalti pada perlumbaan sebelum ini dan menukar keseluruhan enjin untuk memastikan mampu bertahan sehingga penghujung musim,” kata Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN