fbpx

Individu antivaksin ingkar arahan Sultan suatu kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai masjid serta jurunikah di Selangor di bawah lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang masih enggan mengambil vaksin Covid-19 berdepan tindakan tegas mengikut lunas undang-undang.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, perbuatan mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam atau arahan MAIS atau fatwa yang diberikan oleh Mufti adalah merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Katanya, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada Februari lalu telah memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

“MAIS memandang serius berhubung dengan perkara ini kerana terdapat sejumlah besar daripada golongan berkenaan berada di bawah seliaan MAIS sebagai pihak berkuasa utama berhubung pentadbiran agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI