fbpx
Mangsa maut ditempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Lorong Pandan berhampiran Sekolah Kebangsaan Tengkera.

Pekerja JKR maut dirempuh kereta ketika bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – Seorang pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) maut, manakala dua lagi rakannya cedera dirempuh sebuah kereta ketika mereka sedang bekerja di bahu jalan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hassan Basri Yahya berkata dalam kejadian pukul 10.20 pagi itu, mangsa, Tambi Chik Selim, 57, maut ditempat kejadian.

Menurutnya, nahas yang berlaku di Jalan Lorong Pandan berhampiran Sekolah Kebangsaan Tengkera itu turut mengakibatkan dua lagi pekerja JKR masing-masing berumur 35 dan 45 tahun cedera.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu wanita berusia 67 tahun dari Lorong Pandan menghala ke Limbongan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kenderaan kemudian merempuh tiga buah motosikal pekerja JKR yang sedang parkir di bahu kiri jalan.

“Pada masa yang sama semua mangsa berada di hadapan motosikal menyebabkan mereka turut dirempuh kereta terbabit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besar Melaka untuk bedah siasat.

“Polis turut menahan pemandu Perodua Viva yang tidak cedera untuk mengambil sampel darah bagi pemeriksaan kandungan alkohol dan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua kenderaan ditahan bagi untuk pemeriksaan ke Puspakom,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN