fbpx
Keadaan kereta yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 5 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis semalam.

Warga emas maut dua kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta di Kilometer 5 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Tempoyang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika mangsa, Raja Mohamad Raja Daud, 68, dalam perjalanan dari bandar Lipis ke Padang Tengku di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta jenis Kia Sephia itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung berhadapan dengan sebuah kereta jenis Honda City.

“Akibat kemalangan pemandu kereta jenis Kia Sephia meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang kereta Honda City mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Azli mangsa yang maut dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal lokasi kejadian ialah jalan lurus satu lorong dua hala dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca adalah baik,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN