fbpx

Kepala retak, kanak-kanak ditimpa pintu ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Syafia Arisya dikatakan masih tidak sedarkan diri namun dia akan memberi respons apabila tangannya digenggam.

PETALING JAYA – Seorang ‘rider’ FoodPanda hari ini meminta orang ramai mendoakan anak perempuannya yang terpaksa ditidurkan akibat kecederaan teruk di kepala selepas ditimpa pintu kayu, kelmarin.

Menerusi kumpulan Facebook FoodPanda Rider Malaysia, Mohd Yazid berkata, dalam kejadian pukul 6.15 petang, bahagian bucu pintu kayu yang agak berat itu berkemungkinan terkena kepala anaknya.

Katanya, kanak-kanak berusia setahun lima bulan yang dipanggil Pia itu berada dalam keadaan sangat lemah dan ditempatkan di zon kuning Hospital Taiping sebelum menjalani imbasan tomografi berkomputer.

“Keputusannya, Pia alami keretakan dan pendarahan besar di kepala. Dia terus dimasukkan ke zon merah. Luluh hatiku. Doktor buat keputusan untuk tidurkan dan rehatkan Pia sebelum menjalani pembedahan di Hospital Ipoh.

“Pada pukul 6 pagi keesokan harinya Pia masuk ke dewan bedah dan pembedahan selesai pukul 10 pagi. Doktor beritahu tempurung kepala Pia tidak boleh dimasukkan semula kerana otaknya bengkak,” ujar Mohd Yazid dalam hantaran yang ditulis isterinya.

Menurutnya, kanak-kanak itu ditidurkan dan dibantu mesin pernafasan supaya dia dapat berehat secukupnya dan tidak memberi tekanan kepada kepalanya yang cedera.

“Dia akan respons bila tangannya dipegang. Mama tahu Pia kuat dan Pia mahu mama kuat. Mama ayah kuat demi Pia dan Pia kena janji kuat demi mama dan ayah.

“Minta jasa baik semua untuk selit nama Nur Syafia Arisya Mohamad Yazid dalam setiap doa kalian. Mama ayah tunggu Pia bangun dan ceria macam dulu,” tulisnya yang dikongsi lebih 70 kali. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI