fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut petir serta hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di laman Instagramnya memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Bagi negeri Terengganu ia membabitkan kawasan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sementara di Selangor pula kawasan yang terlibat ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Sementara itu di Negeri Sembilan pula, hujan lebat diramal melanda Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala di Melaka ia melibatkan keseluruhan negeri itu.

Tambah MetMalaysia, keadaan sama turut dialami di Sri Aman, Betong, Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN