fbpx

Syarikat telco rugi RM8.6 juta diperdaya sindiket penipuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan modus operandi dalam penipuan pembelian pakej telefon bimbit melibatkan kerugian RM8.6 juta, hari ini.

JOHOR BAHRU – Sindiket penipuan pembelian pakej telefon bimbit mengaut untung sebanyak RM8.6 juta hasil memperdayakan syarikat telco di negeri ini.

Sasaran sindiket yang beroperasi di negeri ini sejak awal tahun ini menyasarkan syarikat telco yang menawarkan pembelian pakej beserta telefon bimbit dengan menggunakan dokumen palsu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket penipuan itu akhirnya tumpas setelah 14 orang ahli sindiket dan pemilik keldai akaun dalam beberapa siri serbuan di sekitar negeri ini pada 1 September lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan dari 12.30 tengah hari sehingga 11.30 malam itu telah menahan 10 lelaki dan empat wanita tempatan berusia lingkungan 19 hingga 38 tahun.

“Modus operandi yang digunakan sindiket tersebut adalah dengan menggunakan nama pemilik keldai akaun bagi mendaftar talian telco yang menawarkan pakej talian beserta telefon bimbit.

“Sindiket turut menggunakan dokumen palsu seperti penyata gaji dan surat pengesahan majikan yang mana dikeluarkan oleh sindiket terbabit bagi mengaburi pihak telco yang disasarkan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, setelah pendaftaran dan identiti pemilik keldai akaun disahkan oleh pihak telco, sindiket akan membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit milik individu lain. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI