fbpx

Pekerja Nepal maut ketika petik rambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang pekerja asing warganegara Nepal terjatuh dari ketinggian 30 kaki di sebuah gudang di Jalan Johor Bahru – Pontian, Pontian, Johor, Sabtu lalu.

PONTIAN – Seorang pekerja asing warganegara Nepal maut setelah terjatuh pada ketinggian 30 kaki dalam kejadian di sebuah gudang di Jalan Johor Bahru – Pontian di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi, mangsa yang berusia 41 tahun itu diarahkan untuk mengambil sampel produk di dalam gudang berkenaan.

Namun, sebelum melakukan kerja, mangsa memaklumkan kepada rakan sekerja untuk memetik buah rambutan yang berada bersebelahan dengan bangunan gudang.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ) Negeri Johor, Husdin Che Mat berkata, ketika cuba mengambil buah rambutan, mangsa dipercayai terpijak kepingan bumbung lutsinar sebelum terjatuh.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah ditemui terletang diatas lantai dan disahkan meninggal dunia tempat kejadian oleh kakitangan perubatan yang dating ke kilang tersebut.

“Susulan daripada kejadian tersebut, JKKP telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan terhadap kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI