LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) mengesahkan pihaknya dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bersetuju menamatkan jalinan kerjasama selaku penaja pasukan Petronas Sepang Racing Team (PSRT) pada saiĀngan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berakhir hujung musim ini.
Syarikat pengeluar minyak gergasi Malaysia tersebut menjadi penaja utama SIC sejak 2018 menerusi pasukan yang dikenali sebagai Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto2 dan juga Moto3.
SIC dan Petronas terus mengembangkan projek mereka apabila menyertai perlumbaan kelas utama pada musim 2019 dengan pasukan dikenali sebagai Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PSRT).
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas sokongan yang tidak putus-putus dan perjalanan luar biasa yang dicapai mereka dalam saingan sukan permotoran dunia.
āKami menghormati keputusan Petronas dan saling bersetuju bahawa kerjasama tersebut berjaya mencapai matlamat dan objektif. Kami menikmati kerjasama ini dengan pencapaiĀan hebat dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama pasukan.
āSaya percaya kerjasama ini tidak terhenti dalam sukan permotoran ketika kami meneruskan usaha mencungkil bakat dalam sukan permotoran di Malaysia.
āSIC berbangga kerana telah terlibat dalam perkembangan awal pasukan yang berjaya meraih satu keputusan luar jangkaan. Kami mendoakan yang terbaik untuk pasukan di bawah entiti baharu,ā katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Prinsipal paĀsukan SRT, Datuk Razlan Razali mendedahkan, pihaknya akan mengeluar kenyataan tidak lama lagi mengenai perancangan pasukannya dalam tempoh tiga tahun akan datang.
āKami sebagai pasukan akan membuat pengumuman mengenainya sebelum perlumbaan di Silverstone nanti berkenaan hala tuju pasukan untuk tempoh tiga tahun,ā katanya.
Buat masa ini, belum dapatkan dipastikan perancangan SRT sama ada kekal bersaing dalam ketiga-tiga kategori atau hanya kekal bersaing dalam kelas premier tahun depan.
Ketika ini, pasukan SRT dalam dilema untuk mencari pelumba gantian selepas jaguh dunia, VaĀlentino Rossi mengumumkan persaraannya sebaik tamat saiĀngan musim ini.
Lebih menarik, pelumba sensasinya, Franco Morbidelli juga dikatakan akan menyertai Monster Energy Yamaha musim depan selepas Maverick Vinales menamatkan kontrak lebih awal.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan terdapat dua tempat kosong perlu diisi SRT pada musim depan.














