fbpx

Evenepoel alami kecederaan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVENEPOEL (tengah) menerima rawatan daripada pasukan Deceuninck-Quick Step selepas terjatuh ke gaung akibat kemalangan sewaktu Jelajah Lombardy di Sormano awal pagi semalam. – AFP

LOMBARDY, Itali – Jaguh berbasikal kelahiran Belgium, Remco Evenepoel mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam kemalangan di jambatan sehingga tercampak ke gaung pada perlumbaan siri Jelajah Lombardy awal pagi semalam.

Pada perlumbaan tersebut, Evenepoel yang mewakili pasukan Deceuninck-Quick Step hilang kawalan ketika menuruni curam dari Colma di Sormano menuju ke garisan penamat di Lake Como sehingga melanggar din­ding dan terjatuh ke gaung.

Menurut jurucakap pasukan Deceuninck-Quick, Evenepoel mengalami kemalangan kira-kira 50 kilometer sebelum garisan penamat dan pegawai perubatan telah mengesahkan pelumba itu mengalami patah tulang di bahagian pinggul.

“Evenepoel berada dalam keadaan sedar dan dirinya sedang dipantau rapi oleh pasukan perubatan selepas beberapa siri ujian serta imbasan MRI (Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik).

“Terima kasih kepada peminat yang cukup prihatin de­ngan status kesihatan Evenepoel dan kami akan memaklumkan perkembangan terkini,” menurut kenyataan daripada pasukan Deceuninck-Quick Step.

Pelumba berusia 20 tahun itu dianggap sebagai prospek terbaik dalam sukan berbasikal dunia ketika ini selepas menjuarai Jelajah Poland dan Jelajah Vuelta Burgos di Sepanyol tahun ini.
Evenepoel telah dibandingkan dengan rakan senegara, Eddy Merckx yang dianggap sebagai salah seorang pelumba basikal terbaik sepanjang zaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI