fbpx
Muhyiddin ketika sesi Townhaal Perdana Menteri bersama Penjawat Awam negeri Johor di Hotel Thistle Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Teliti semula sistem penyampaian kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Satu petugas pasukan khas akan ditubuhkan bagi meneliti semula sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam membantu pemulihan ekonomi dengan lebih pantas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu memandangkan terdapat karenah birokrasi dalam kerajaan dan sekali gus menyukarkan langkah pemulihan negera.

Menurutnya, satu tindakan segera agar birokrasi yang berlaku dalam kerajaan dapat dianjak sejajar normal baharu selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

“Saya tidak dinafikan ia penting, namun jika bergantung kepada keadaan itu dengan tiada langkah baharu, saya takut usaha untuk pulihkan dan reformasi ekonomi tidak akan berlaku sepantas mana kita rancangkan.

“Oleh itu, saya nak usulkan satu jawatankuasa atau petugas khas untuk meneliti bagaimana atau cara kita pakai selama ini dapat diubah suai tanpa mengkompromi dengan aturan sistem kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Townhall Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Hotel Thistle di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI