fbpx
GANDINGAN negara berjaya merangkul pingat gangsa selepas menundukkan beregu Indonesia sebentar tadi. - AFP

Aaron-Wooi Yik benam Indonesia raih gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan sebentar tadi.

Pada aksi penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, mereka menampilkan aksi cukup bertenaga untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-17, 21-14.

Lebih manis, kemenangan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya menebus kekalahan kepada gandingan No.2 dunia itu dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Sebagai rekod, keputusan tersebut merupakan kemenangan kedua yang dilakar Aaron-Wooi Yik ke atas Ahsan-Setiawan selepas mereka bertemu sebanyak sembilan kali termasuk aksi malam ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI