KUALA LUMPUR – Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-20 selepas berakhirnya pusingan ranking acara recurve individu Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Khairul, 30, berjaya mengutip 661 mata selepas dua pusingan pada saingan yang berlangsung di Yumenoshima Park, Jepun sebentar tadi.
Bagaimanapun, catatan itu masih belum berjaya untuk mencapai rekod peribadi terbaik, 689 markah pernah dilakukan pemanah dari Terengganu berkenaan sewaktu dua tahun lalu.
Keputusan itu menyaksikan hasrat Khairul untuk beraksi dalam acara berpasukan campuran bersama pemanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh esok tidak kesampaian apabila gagal menempatkan diri dalam kelompok 16 negara.
Ia selepas Malaysia menghuni ranking ke-19 daripada 29 negara, tiga tangga di belakang pasukan terakhir yang layak beraksi untuk acara berpasukan campuran iaitu Bangladesh di tempat ke-16. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929