fbpx

Banyak cantik nak pilih-pilih vaksin – Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizo berharap mana-mana individu tidak memilih dan membanding-bandingkan jenis vaksin yang diterima kerana semuanya diuji keberkesanannya.

PETALING JAYA – Pelakon Fizo Omar meminta rakyat di negara ini agar tidak memilih dan membandingkan jenis vaksin yang diterima menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Fizo menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram berkata, sekarang bukanlah masa untuk rakyat berdebat apatah lagi bertelingkah berhubung jenis yang diterima lebih-lebih melihat kepada negara yang sedang tenat pada ketika ini.

“Kamu kalau diberi pilihan, kamu nak vaksin yang mana? Eh, cantik muka.

“Kalau abang Joe kan ambil jelah vaksin mana-mana pun sekarang. Ini bukan masanya nak memilih vaksin mana korang suka yang mana korang nak.

“Keadaan Malaysia makin teruk dengan kes harian cecah lima angka. Masya-Allah gawat weh. Berdiri bulu roma ni ha tunggu update (kemas kini) Kementerian Kesihatan hari-hari,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, turut memberikan penerangan mengenai vaksin jenis Sinovac keluaran China yang menjadi perbualan netizen baru-baru ini.

“Abang Joe semak sendiri dengan Pharmaniaga. Mereka ni satu-satunya pembekal vaksin Sinovac sebanyak 12 juta dos kepada kerajaan dan sepatutnya dalam tempoh tujuh bulan (Mei hingga November 2021).

“Disebabkan lonjakan kes mendadak, pihak mereka telah mengambil langkah lebih proaktif dengan mempercepatkan pengeluaran dan proses bekalan kepada kerajaan.

“Tak ada kena mengena dengan soal keberkesanannya. Syabas dan tahniah untuk Pharmaniaga dengan usaha ini dapat membantu kerajaan dan orang ramai melengkapkan kedua dos dengan cepat,” katanya lagi.

Terdahulu, timbul spekulasi terhadap keberkesanan vaksin jenis Sinovac selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melaporkan negara akan menghentikan penggunaan vaksin tersebut serta-merta dan akan digantikan dengan vaksin jenis Pfizer.

Meleraikan persoalan, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil menafikan dakwaan kerajaan menghentikan proses pemberian vaksin Sinovac kerana disebabkan kadar keberkesanannya.

Menurut Khairy yang turut merupakan individu pertama negara disuntik vaksin Sinovac, vaksin jenis Pfizer akan menjadi bekalan tunggal kepada kerajaan mulai Ogos depan dan akan disebar luas penggunaannya ke seluruh pelosok negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI