PETALING JAYA – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Seremban, Negeri Sembilan berkuat kuasa 9 Julai hingga 22 Julai 2021.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan situasi terkini Covid-19 melibatkan lapan mukim di Seremban.
“Hasil pemantauan dilakukan KKM mendapati daerah itu mencatatkan peningkatan kes dan setakat 4 Julai 2021, sebanyak 5,504 kes aktif direkodkan di lokaliti berkenaan.
“KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu sekali gus memerlukan kaedah pemutusan jangkitan dengan segera,” katanya di sini tadi.
Katanya, PKPD itu bagi mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim yang terlibat serta mengekang penularan Covid-19. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929