fbpx
Mohd. Yusoff

PPM kenal pasti dalang utama penyeludupan kontraban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) sudah mengenal pasti dalang utama sindiket penyeludupan kontraban di negara ini yang menyebabkan kerugian hasil negara sehingga RM5 billion.

Komander PPM, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat berkaitan sindiket yang aktif dalam penyeludupan rokok serta arak terbabit sedang dikumpulkan dan tindakan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Sindiket penyeludupan kontraban ini sudah pun dikenal pasti dan satu operasi bersepadu akan dijalankan dalam masa terdekat.

“Hasil risikan mendapati, kawasan utama kegiatan kontraban ini adalah di Pantai Barat Semenanjung di mana kawasan ini mempunyai pantai yang landai,”katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, pihaknya telah mengesan pergerakan baru yang dilakukan sindiket berkenaan untuk menyeludup masuk rokok dan arak ke negara ini.

“Modus operandi terbaharu ini dilakukan sindiket terbabit selepas kerajaan mengehadkan pemindahan barang seperti rokok di pelabuhan khusus sahaja selain mengenakan cukai import ke atas rokok yang bertujuan untuk dieksport.

“Sindiket ini akan menggunakan kapal kargo atau kapal tangki yang diubah suai menjadi bot pertukaran barang di tengah lautan antarabangsa.

“Kapal besar ini dikesan bergerak dari Vietnam dan akan turun ke sempadan negara ini yang membabitkan kawasan Pantai Timur seperti perairan Kuantan sehinggalah ke Kota Tinggi, Johor,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN