fbpx
Anggota bomba dalam operasi memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bohor pada pagi ini.

Wanita maut rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 50 tahun maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bohor, Jalan Hutan Kampung di sini pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.32 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan sebuah rumah setingkat melibatkan seorang mangsa.

“Mangsa merupakan seorang wanita yang ditemui dalam keadaan rentung separuh badan di dalam bilik air,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penilaian awal kemusnahan rumah akibat kebakaran adalah 80 peratus yang turut melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan dua motosikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN