fbpx

Austria mula langkah kanan di pentas Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREGORITSCH (kiri) meledak gol kedua Austria ketika mereka berjaya menewaskan Macedonia Utara pada aksi pertama saingan Euro 2020 awal pagi semalam. – AFP

BUCHAREST, Romania – Pasukan Austria tekad enggan menoleh ke belakang selepas memulakan saingan Euro 2020 dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan pasukan Macedonia Utara 3-1 di Arena Nasional awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Austria bukanlah pasukan gergasi bola sepak Eropah dan hanya pernah melayakkan diri ke kejohanan Euro sebanyak dua kali dalam sejarah mereka iaitu edisi 2008 dan 2016 tetapi ter­singkir di peringkat kumpulan.

Namun, kapten pasukan, David Alaba optimis situasi kali ini berbeza kerana barisan pemain lebih komited selain kejayaan mengutip tiga mata semalam menjadi tonik terbaik buat skuad dalam usaha mengintai tiket ke saingan kalah mati.

“Kami sangat gembira dapat meraih kemenangan pada perlawanan ini kerana pasukan sememangnya meletakkan harapan tinggi untuk mengutip tiga mata pada aksi pertama kerana ia boleh memberikan suntikan semangat buat barisan pemain serta mengurangkan tekanan.

“Situasi ini sekali gus berbeza berbanding edisi 2016 yang mana kami gagal memulakan saingan dengan baik. Namun, skuad kali ini adalah berbeza kerana tidak kira pemain simpanan atau kesebelasan utama, semua bersedia untuk memberi impak buat pasukan,” kata pemain Real Madrid itu.

Sementara itu, penyerang Austria, Michael Gregoritsch yang berjaya menjaringkan gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian mengakui sangat teruja apabila dapat membalas kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Franco Foda.

“Saya mengharungi perjalanan karier yang sukar dan gol yang saya lakukan ini didedikasikan buat keluarga, barisan jurulatih dan rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan buat saya tidak kira ketika susah atau senang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI