fbpx
Bomba terpaksa mengumpil pintu jeriji besi untuk memasuki rumah didiami warga emas itu, hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

Bau busuk bongkar kematian warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk Pangsapuri Taman Sri Setanggi di sini terbongkar selepas penemuan mayat seorang wanita warga emas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, wanita berusia 61 tahun yang tinggal seorang diri itu ditemui mati di dalam sebuah bilik beberapa yang lalu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa pada pukul 8.45 pagi yang mendakwa terhidu bau busuk datangnya dari dalam rumah terbabit.

“Pihak polis hubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan bagi memecahkan kunci pintu rumah. Setelah berjaya dibuka, pemeriksaan menjumpai mangsa berada di bilik tidur.

“Mayat wanita dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan pihak hospital mengesahkan warga emas itu telah meninggal dunia empat hingga lima hari yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, kakak ipar mangsa mengesahkan mangsa yang masih bujang dan tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

“Dia turut memaklumkan mangsa tidak ada sejarah menghidap penyakit kronik melainkan mempunyai masalah darah tinggi.

“Pihak hospital akan melakukan ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN