KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melancarkan kempen DUIT for Baby untuk memperkenalkan skim simpanan baharu, BSN MyFirst bagi peringkat Negeri Terengganu.
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd. Ghani berkata, kempen tersebut bertujuan untuk mendidik ibu bapa muda mengenai perancangan kewangan ketika memulakan sebuah keluarga menerusi modul-modul pendidikan kewangan secara online.
Menurut beliau, BSN sebelum ini telah terlebih dahulu melancarkan kempen yang sama di Ibu Pejabat BSN pada bulan Jun dan ia bertujuan untuk terus mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang diterapkan dalam kempen ini ke negeri- negeri yang lain
“Untuk menggalakkan penyertaan pelanggan dalam kempen tersebut, kami akan menawarkan hadiah menarik berupa Sijl Simpanan Premium (BSN SSP).
“Pemenang tempat pertama bagi kempen ini bakal membawa pulang hadiah berupa BSN SSP bernilai RM5,000, tempat kedua ditawarkan hadiah BSN SSP bernilai RM3,000 dan pemenang tempat ketiga ialah BSN SSP bernilai RM1,000,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran kempen DUIT for Baby yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatan kuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional; Hanafiah Mat dan Pengurus Besar Bahagian Operasi AKPK, Nor Fazleen Zakaria serta Pengarah Negeri BSN Terengganu, Mohammad Khasnieddy Khasimi.
Yunos menerangkan, untuk menyertai kempen tersebut, peserta hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah iaitu peserta perlu mengikuti modul kewangan secara online yang disediakan oleh AKPK.
Langkah kedua yang perlu diikuti pelanggan ialah mereka perlu menghantar tiga soalan terbaik ke laman web AKPK manakala langkah ketiga pula, mereka perlu membuat simpanan minimum sebanyak RM50 dengan akaun BSN MyFirst,” katanya.
Kempen ini bermula 23 Jun yang lalu dan akan berakhir pada 31 Disember ini dan ia terbuka kepada semua ibu bapa yang membuat simpanan dengan BSN MyFirst untuk anak-anak mereka yang berumur di bawah tujuh (7) tahun.
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Transformasi MCIS Life perkukuhkan lagi pertumbuhan syarikat
9 Ogos 2025, 9:44 am

2 pelancong Malaysia disimbah asid, dibakar di Bangkok
9 Ogos 2025, 9:41 am

Empat supermodel sensasi selesa membujang
9 Ogos 2025, 9:30 am

Man. City sertai United buru Baleba
9 Ogos 2025, 9:30 am

‘Tak sangka papa meninggal dunia’
9 Ogos 2025, 9:12 am

Duit banyak, hati senang jadi doktor di Singapura
9 Ogos 2025, 9:00 am

EPL: Sesko sanggup demi Man. United
9 Ogos 2025, 9:00 am

‘Buat konten bodoh, yang suka hanyalah peminat perempuan’
9 Ogos 2025, 9:00 am