fbpx
Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memasak bubur lambuk untuk petugas barisan hadapan di Istana Negara, hari ini. /FOTO ISTANA NEGARA

Agong masak bubur lambuk untuk petugas barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara di laman sosial Facebook, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli berangkat ke program itu.

“Program ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan Istana Negara yang diadakan di pekarangan surau utama Istana Negara.

“Masakan bubur sentuhan air tangan baginda berdua akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya hari ini.

Turut berangkat ke program tersebut ialah Tengku Puteri Raja, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN