KUALA LUMPUR – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) mengadakan program Zero Kos Marketing (ZKM)-Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya bagi membantu golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd. berkata, program secara percuma itu berlangsung pada 28 hingga 30 Mei ini secara dalam talian.
Program itu akan memfokuskan soal pemasaran yang merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah perniagaan supaya terus bertahan.
Beliau berkata, panduan dan tips penting akan dikongsikan kepada usahawan supaya bisnes mereka terus bertahan dan terus berkembang.
“Kami memahami masalah yang dihadapi oleh ramai usahawan PKS yang terpaksa mencari jalan supaya bisnes bertahan.
“Justeru, kami membawakan program ini yang memfokuskan pemasaran supaya sesebuah bisnes terus berkembang ke tahap lebih tinggi dengan ilmu pemasaran yang tepat,” katanya pada majlis pelancaran ZKM-Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya di sini semalam.
RichWorks menyasarkan lebih 100,000 usahawan akan menyertai program itu pada hujung bulan ini.
“Saya menyeru semua usahawan untuk menyertai program ini untuk belajar mengenai ilmu pemasaran yang betul.
“Kita juga akan berkongsi idea dan cara yang betul bagi membantu usahawan menjana pendapatan RM1 juta dalam tempoh tiga bulan,” katanya.
Jelas beliau, mentor yang juga Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menyifatkan pemasaran seperti oksigen bagi seseorang usahawan.
“Tanpa oksigen, seseorang itu tidak dapat bernafas dan akan mati. Begitu juga dalam bisnes, jika tidak ada atau salah pemasaran, maka tunggu saja masa untuk tutup (operasi),” jelasnya.
Sejak 2008, RichWork telah membimbing lebih 1.1 juta orang dengan 400,000 orang dilatih secara virtual ketika bermulanya pandemik pada tahun lalu.
Pada majlis sama, Radz turut mengumumkan pemenang pertama Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama.
Edayu Rosli merupakan ejen Chocodaps yang mendapatkan tajaan permentoran Spire selama 12 bulan bernilai RM25,000.
“Pemenang akan dibimbing dalam empat teras utama iaitu jualan dan pemasaran, kepimpinan, pematuhan dan operasi yang perlu bagi membina sebuah bisnes berjaya agar mampu mencapai jualan RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.
RichWorks kini mencari sembilan lagi usahawan yang memenuhi kriteria ditetapkan. Untuk keterangan lanjut mengenai program ZKM dan peraduan Aspirasi, orang ramai boleh melayari www.BinaBisnesBerjaya.com.