Kejadian siling runtuh di Mayang Mall yang didakwa mengakibatkan seorang pengunjung terkena kepala.

[VIDEO] Siling jatuh, kepala pengunjung jadi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian siling runtuh di pusat beli-belah di Terengganu mengejutkan orang ramai selepas insiden itu didakwa menyebabkan seorang pengunjung terkena serpihan siling yang jatuh.

Kejadian itu tular di media sosial selepas pengguna Threads, apikperodua berkongsi mengenai insiden berkenaan selain meluahkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan pengunjung di pusat beli-belah itu.

Dia mendakwa seorang rakannya terkena bahagian siling yang runtuh dalam kejadian berkenaan.

“Siling Mayang Mall jatuh kena kepala member (rakan),” katanya.

Rata-rata orang ramai turut terkejut dengan kejadian itu.

“Siling mall cabut dan jatuh depan mata saya sebab masa tu baru nak balik kerja kat level 4 ,” kata rieya20.

“Sepupu saya tu! Hari ini saya pergi lagi tapi takde apa pun yang ubah!! Event (acara) dekat bawah pun berjalan macam biasa?? Incase la jatuh atas budak-budak yang main dekat bawah tu???” komen unseenzaza.

“Kes dua hari lepas. Saya tunggu je bila ada orang nak post. Akak yang terkena tu nak tau update okay tak? ,” soal elshsph.

“Saman jangan tak saman, membahayakan orang . Kena budak tu ishh tak boleh bayang,” tulis xamirulsyafiqx. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN