GEDONG – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Pengesahan kemenangan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jamain Wahab pada pukul 10.10 pagi.
Dalam pada itu, menurut laporan Bernama, calon GPS yang juga penyandang bagi kerusi DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan turut dilaporkan menang tanpa bertanding.
Setakat pukul 10.20 pagi tadi, selain dua kerusi tersebut, GPS turut menang tanpa bertanding di Tupong, Simunjan, Sebuyau, Beting Maro, Daro dan Ketibas.
Berita lanjut menyusul.














