Gambar hiasan janaan AI.

Kerap keluar KWSP Akaun 3 punca pinjaman rumah ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kekerapan mengeluarkan wang daripada Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didakwa menjadi antara faktor permohonan pinjaman perumahan ditolak institusi perbankan.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Threads oleh pengguna dikenali sebagai @therumahkerumah yang memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp berhubung kegagalan permohonan pinjaman seorang pelanggan.

Berdasarkan perbualan tersebut, permohonan pelanggan berkenaan didakwa ditolak kerana terlalu kerap membuat pengeluaran wang daripada Akaun 3 KWSP, selain tidak mempunyai simpanan lain.

“Kerap keluar Akaun 3 KWSP pun boleh jadi sebab tidak lulus permohonan pinjaman perumahan. Saya pun terkejut juga, pertama kali kena tolak disebabkan perkara ini,” katanya.

Hantaran tersebut meraih lebih 154,000 tontonan, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai aspek penilaian kewangan bagi kelulusan pinjaman perumahan.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing, selain berpandangan institusi kewangan bukan sahaja menilai pendapatan bulanan, malah kedudukan simpanan pemohon.

“Bank bukan tengok akaun KWSP sahaja, tetapi tengok segala akaun simpanan yang kita ada seperti Tabung Haji, deposit tetap atau Amanah Saham Bumiputera (ASB),” kata @nasyuhanordin.

“Betul, sekarang ini semua mereka periksa. Walaupun suami saya cuba menggunakan pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), sekiranya isteri bekerja, mereka akan minta penyata KWSP isteri.

“Semua akaun KWSP mereka minta sebab hendak tengok kerap atau tidak keluarkan duit,” kongsi @mirahhss. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN