PRESIDEN Prabowo Subianto berjalan bersama Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Jeddah pada 2 Julai 2025 – BIRO AKHBAR KEPRESIDENAN

Indonesia tolak sertai Pakatan Pertahanan Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Indonesia menolak untuk menyertai Pakatan Pertahanan Mekah atau mana-mana pakatan tentera lain, sekali gus mengulangi dasar luarnya yang bebas dan aktif di tengah-tengah laporan bahawa Jakarta sedang mempertimbangkan keahlian dalam pakatan keselamatan pimpinan Arab Saudi tersebut, lapor laman berita Jakarta Globe

Jurucakap Kementerian Luar, Vahd Nabyl A. Mulachela berkata, doktrin dasar luar Indonesia menghalang Jakarta  daripada menyertai mana-mana pakatan tentera.

“Dasar luar kami adalah bebas dan aktif dan oleh itu, Indonesia tidak akan menyertai mana-mana pakatan pertahanan, termasuk Pakatan Mekah,” kata Vahd semasa sidang akhbar di Jakarta semalam.

Beliau berkata demikian sebagai membalas laporan sebuah agensi berita Asia Barat yang membayangkan Indonesia sedang meneroka kemungkinan untuk menyertai pakatan tersebut.

Menurut Vahd, Indonesia kekal komited untuk memberi keutamaan kepada diplomasi dan dialog dalam menyelesaikan konflik, sambil mengulangi bahawa keamanan serta  kestabilan global harus diusahakan melalui penglibatan yang membina dan bukannya pendekatan ketenteraan.

Pakatan Pertahanan Mekah ialah sebuah pakatan ketenteraan yang ditubuhkan oleh Arab Saudi, Pakistan dan Turkiye pada 7 Ogos 2026.

Perjanjian itu ditandatangani di kota suci Mekah  oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dan Putra Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.

Salah satu peruntukan utama pakatan itu menetapkan bahawa serangan bersenjata terhadap mana-mana negara anggotanya  akan dianggap sebagai serangan terhadap semua anggota, sekali gus mewujudkan komitmen pertahanan bersama dalam kalangan ketiga-tiga negara. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN