Tangkap layar beberapa perkongsian pengguna Threads berkaitan soalan Matematik SPM hari ini.

Jawab soalan Matematik mudah, calon SPM senyum lebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 tersenyum lebar keluar dewan peperiksaan hari ini kerana kertas Matematik didakwa lebih senang dijawab berbanding peperiksaan percubaan.

Menerusi perkongsian di Threads, beberapa calon meluahkan rasa lega apabila mendapati soalan yang dikemukakan tidak terlalu sukar, malah ada yang menyifatkan kertas peperiksaan sebenar kali ini lebih baik berbanding percubaan.

Seorang pengguna @smolkidwanttobegoodperson berkongsi keterujaannya apabila tidak menyangka dapat menjawab soalan Matematik dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

“Tak pernah jawab Matematik soalan sesenang ini. Lurve (sayang) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bismillah A+,” tulisnya.

“Matematik SPM punya more better (jauh lebih baik) daripada trial (percubaan). Tapi kenapa ada satu sahaja soalan matriks?” komen @me0ww4u.

Sementara itu, pengguna @gerobok_kakaks berkongsi rasa syukur apabila anaknya turut menyifatkan kertas Matematik kali ini mudah selepas selesai menduduki peperiksaan.

“Alhamdulillah, anak kata senang. Banyak soalan keluar daripada latihan. Tak sia-sia hantar setiap minggu walaupun agak mahal untuk rakyat biasa macam saya,” katanya.

Namun, terdapat juga calon yang mengakui berasa bimbang mengenai keputusan bakal diperoleh walaupun semua soalan berjaya dijawab.

“Entahlah, dia senang tapi macam susah. Faham tak? Tak tahu nak sasarkan apa. Sumpah takut, takut gagal. Sedih sangat sebab rasa macam jauh sangat nak dapat C atau B, apatah lagi A,” kongsi d0lcenyy_.

“Rasa macam harapan nak A musnah. Paling-paling kurang pun mungkin boleh dapat lulus sahaja. Sumpah sedih sebab banyak lupa padahal soalan senang,” kata @ririsadry pula.

Dalam pada itu, seorang pengguna @puterihasnida guru Matematik berpendapat Kertas 2 pada tahun ini lebih mudah dan mempunyai bentuk soalan yang lebih langsung (straightforward) berbanding tahun lalu.

“Alhamdulillah, semua yang disasarkan masuk. Minggu lepas pun sempat buat ulang kaji bab Transformasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN