Wakil pengadu menunjukkan gambar rumah yang didakwa disimbah cat merah oleh along pada sidang media di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini.

Diugut along, rumah disimbah cat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ugutan untuk membakar rumah dan menculik anak perempuan antara tindakan menakutkan yang didakwa dilakukan along terhadap seorang pemandu e-hailing selepas berlaku pertikaian bayaran pinjaman wang berjumlah RM16,000.

Lebih membimbangkan, gangguan itu turut melibatkan ahli keluarga pengadu apabila rumah bapanya di Kajang dan kediaman kakaknya di Puchong didakwa disimbah cat merah.

Pengadu, dikenali sebagai Kok Wei, 46, membuat aduan semalam selepas mendakwa menerima pelbagai ugutan menerusi aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon daripada individu dipercayai mewakili pemberi pinjaman wang berkenaan.

“Saya didakwa membuat pinjaman daripada seorang pemberi pinjaman wang dikenali sebagai Ah Yang pada Januari 2025 bagi tujuan perjudian.

“Namun, saya sudah membuat empat bayaran ansuran berjumlah RM2,400 sebelum gagal menghubungi pemberi pinjaman itu untuk pembayaran seterusnya,” katanya, di sini hari ini.

Kok Wei berkata, pada 30 Jun 2025 dia menerima mesej WhatsApp daripada individu yang mendakwa mewakili Ah Yang meminta supaya hutang berkenaan diselesaikan sekali gus sebanyak RM30,000.

Bagaimanapun, gangguan didakwa berterusan apabila rumah bapanya di Kajang disimbah cat merah pada 29 Januari lalu.

Susulan kejadian itu, jumlah penyelesaian hutang didakwa meningkat kepada RM36,000 sebelum permintaannya untuk membayar secara ansuran ditolak.

Sementara itu, seorang wanita berusia 44 tahun dari Pahang turut membuat aduan selepas mendakwa keluarganya diganggu along susulan pinjaman wang yang dibuat adik perempuannya.

Menurutnya, adiknya, Chong Mai Koo, 30, yang bekerja sebagai eksekutif dipercayai membuat tiga pinjaman berjumlah kira-kira RM313,000 untuk memenuhi ketagihan judi dalam talian.

Pinjaman berkenaan didakwa dibuat pada 9, 21 dan 28 Oktober lalu.

“Lebih menyedihkan, adik didakwa cuba membunuh diri pada 6 November lalu dengan mengambil kira-kira 40 biji pil tidur dan ubat penenang serta mengelar pergelangan tangannya.

“Selepas kejadian itu, along didakwa mula mengganggu dan mengugut pengadu serta ahli keluarga lain berhubung hutang berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN