ANTARA warga asing yang ditahan dalam operasi di sekitar Pasir Puteh.

Pasir Puteh digempur, 20 warga asing kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seramai 20 warga asing dipercayai warganegara Bangladesh ditahan Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu Warga Asing yang menggempur tujuh lokasi tumpuan sekitar daerah ini semalam.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd. Kamaruzaman Ab. Wahab berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan MDPP itu menyasarkan premis perniagaan serta tapak pembinaan di sekitar daerah ini.

Menurutnya, serbuan tersebut melibatkan kekuatan seramai 19 anggota JIM bersama sembilan anggota Jabatan Penguatkuasaan MDPP serta kakitangan Jabatan Pelesenan.

“Lokasi yang digempur merangkumi kawasan Bandar Lama, Bandar Baru, Pachakan, Tok Bali, Cherang Ruku, Jalan Hospital dan Kampung Jeram.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh, pihak JIM telah menahan seramai 20 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Kamaruzaman berkata, MDPP turut mengeluarkan satu kompaun terhadap pemilik premis atas kesalahan melanggar syarat dan peraturan di bawah bidang kuasa dan peraturan kecil kerajaan tempatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN