PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pentadbirannya mempunyai baki tempoh lebih setahun untuk memperbaiki prestasi kerajaan sebelum berakhirnya penggal semasa.
Beliau berkata, kerajaan akan berusaha melakukan yang terbaik dan memperbaiki prestasi dalam tempoh berkenaan.
“Insya-Allah kita akan buat sebaik mungkin dan kita perbaiki prestasi kita. Kita ada setahun lebih lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meluncurkan Prakarsa AI Pendidikan Negara: AI TEMU AI di sini hari ini.
Kerajaan PerpaÂduan yang dipimpin Anwar yang genap empat tahun disifatkan sebagai paling stabil selepas Pilihan RaÂya Umum Ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.
Tempoh pentadbiran Anwar yang lebih lama berbanding tiga orang Perdana Menteri sebelum ini jelas menunjukkan kestabilan yang ada hingga dapat membantu pertumbuhan ekonomi yang konsisten di samping meÂngukuhkan kedudukannya.
Sejak menerajui negara paÂda 24 November 2022, Anwar diakui berdepan pelbagai caÂbaran termasuk memulihkan ketidakstabilan, mengembalikan keÂyakinan ekonomi, menangaÂni tekaÂnan kos sara hidup serta meÂÂmastikan politik stabil ekoÂran kerajaan terganÂtung seÂleÂpas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Namun dalam tempoh itu, langÂÂkah memperkenalkan daÂsar pembaharuan ekonomi dan fiskal menerusi Kerangka EkoÂnomi Madani meningkatkan daya saing negara, menarik peÂlaburan dan memperbaiki taraf hidup rakÂyat berjaya membawa hasil poÂsitif. – KOSMO! ONLINE














