Pro Canselor UKM, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (tengah) berkenan bergambar bersama pasangan adik beradik, Nur Afiqah Shalihin (dua dari kiri) dan Nurul Izzah (dua dari kanan) pada Majlis Konvokesyen Ke-54 UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Bangi semalam.

Dua beradik cipta sejarah di UKM, kakak genggam PhD, adik raih Sarjana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Impian menimba ilmu hingga ke peringkat tertinggi menjadi kenyataan buat dua beradik apabila mereka berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Ke-54 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Nur Afiqah Shalihin Muhamad Ismail, 30, memperoleh PhD dalam bidang Biokimia pada majlis yang berlangsung Sabtu lalu, manakala adiknya, Nurul Izzah, 27, memperoleh Ijazah Sarjana Sains Sosial da­lam bidang Antropologi dan Sosio­logi semalam.

Kejayaan itu diraikan oleh anak keempat dan bongsu daripada lima beradik bersama ibu yang juga pesara pegawai bank, Norlida Abdul Rashid, 64, dan bapa mereka, Muhamad Ismail Hussin, 65, pesara jurutera syarikat minyak dan gas.

Berkongsi perjalanan meng­geng­gam PhD, Nur Afiqah Shalihin berkata, banyak cabaran dihadapi­nya termasuk tidak dapat melakukan eksperimen di dalam makmal selama dua tahun ketika pandemik Covid-19.

Katanya, dia melanjutkan pengajian ke peringkat PhD melalui program Fast-Track iaitu tanpa Ijazah Sarjana setelah berjaya memperoleh kelas pertama sewaktu pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia.

“Saya daftar untuk sambung PhD pada Februari 2020, sebulan sebelum Covid-19. Dua tahun tidak dapat masuk makmal dan terpaksa duduk di rumah, tetapi saya berjaya menulis satu penerbitan.

“Pergerakan PhD saya agak lambat dan disebabkan tidak boleh ma­suk ke makmal, saya berhenti dahulu untuk menulis di rumah,” katanya pada sesi temu bual di Dewan Canselor Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Shah Alam itu berkata, sampel kajiannya hanya dihantar ke Jepun pada tahun lepas dan selepas keputusan diterima, barulah beliau melaksanakan pro­ses menulis untuk mendapatkan PhD.

Sementara itu, adiknya, Nurul Izzah pula berkata, dia pernah hilang motivasi dan hampir berputus asa sepanjang melalui proses menyiapkan tesis, malah telah menyuarakan niat kepada ibu mahu berhenti menyambung pengajian.

“Motivasi hilang sebab kawan-kawan berjaya konvokesyen dahulu. Setiap hari menangis hendak berhenti, tetapi mak beri kata sema­ngat untuk teruskan. Saya sendiri ambil kursus master ini, jadi kena teruskan walau apa pun cabaran.

“Kakak dan abang saya pula sambung PhD, jadi saya teruskan tidak mahu mengalah. Saya fikir sarjana tidaklah sesukar Phd dan saya teruskan serta berazam untuk konvokesyen tahun ini juga,” katanya.

Nurul Izzah berkata, dia masih menunggu panggilan penempatan menjadi guru Kementerian Pendidikan serta berazam melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.

Nurul Izzah menerima ijazah da­ripada Pro Canselor UKM, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang mempengerusikan sidang semalam.

Terdahulu, abang sulung Nur Afiqah Shalihin dan Nurul Izzah memperoleh PhD di Universiti Uta­ra Malaysia baru-baru ini, manakala kakak mereka yang merupakan anak kedua telah bekerja dan memperoleh Ijazah Sarjana dari universiti lain. Anak ketiga adik-beradik tersebut pula baharu mendaftar pengajian Ijazah Sarjana.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN