Ara mendedahkan squishy atau mainan anti-stres menjadi penyelamat untuk mengurangkan tekanan dan rasa gementar sewaktu beraksi di pentas.

‘Saya ada banyak bentuk squishy, untuk lepas stres je’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penyanyi Ara mendedahkan squishy atau mainan anti-stres menjadi penyelamat untuk mengurangkan tekanan dan rasa gementar sewaktu beraksi di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Ara atau nama penuhnya Nurfarrah Izzatie Johari, 29, berkata, dia mempunyai beberapa koleksi squishy bagi persediaan mental sebelum melakukan persembahan.

“Saya ada pelbagai bentuk squishy yang akan saya bawa. Jangan risau, ini untuk melepaskan stres saja.

“Saya tak terfikir pun nak ada squishy sebelum ini, tapi sebenarnya benda ini macam latihan supaya dapat lepaskan stress dan rasa panik sebelum naik ke pentas.

“Sebelum buat persembahan tadi benda ini penyek sebab terlampau cemas,” katanya kepada Kosmo! Online selepas konsert minggu ketiga GVF, semalam.

Mengakui tahap kegugupan yang tinggi, pelantun lagu Warkah Untukku itu tidak menyangka mainan tersebut dapat menggantikan tabiat lama ketika berasa resah.

“Saya tak ada banyak koleksi, saya pun baru mula nak kumpul.

“Sebelum ini saya selalu goyang kaki atau genggam tangan. Jadi squishy ini membantu jugalah saraf saya berfungsi dengan baik,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular video Ara yang bermain squishy semasa penyerahan lagu buat peserta.

Semalam merupakan kemunculan pertama Ara ke pentas GVF sebagai peserta kerusi panas dan berjaya menduduki tempat kelima selepas memperoleh markah 59.44 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN