Seorang wanita maut selepas Perodua Axia yang dinaiki terbabas di Jalan Lok Heng menghala ke Waha, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA

Warga emas maut tercampak, Axia terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KOTA TINGGI – Seorang warga emas maut akibat tercampak selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki terbabas ke bahu jalan di Jalan Lok Heng di sini petang tadi.

​Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Hazmi Zulkafli berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.39 petang sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi nahas.

Mangsa berusia 68 tahun yang merupakan penumpang maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 25 tahun selamat.

​Mayat warga emas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN