ASMADI menunjukkan seekor lembu wagyu jantan yang dibelinya dari Thailand dan kini menjadi haiwan peliharaan untuk keluarganya.

Bawa lembu wagyu keliling kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Tiada siapa menyangka lembu wagyu jantan yang dibeli dari Thailand pada harga RM10,000 setahun lalu kini menjadi ‘peneman’ kepada seorang pemborong ikan air tawar dari Kampung Air Papan di sini.

Menurut Asmadi Ahmad @ Che Amat, 45, dia membela haiwan ruminan itu kerana minatnya terhadap daging berkualiti tinggi selain untuk keperluan keluarganya sendiri.

Katanya, lembu berkenaan kini mempunyai berat 390 kilogram (kg) dengan harga pasaran mencecah RM25,000.

“Lembu wagyu ini bersifat tidak agresif dan manja, menjadikannya sesuai sebagai haiwan peliharaan. Saya, isteri dan anak perempuan dapat bermain dengan haiwan ini tanpa sebarang risiko diserang atau ditanduk.

“Malah, jiran-jiran juga dapat membawanya bersiar-siar di sekeliling kampung tanpa khuatir akan keselamatan diri,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.

Katanya, dia juga sering mengurut badan haiwan tersebut termasuk bahagian tengkuknya supaya kekal selesa dan nyaman.

“Sekarang ini, harga haiwan peliharaan saya di pasaran kira-kira RM25,000. Sebenarnya, saya membelinya daripada pembekal baka lembu premium di Surin, Thailand dengan harga RM10,000 ketika beratnya cuma 183 kg.

“Haiwan ini merupakan kacukan lembu wagyu jenis ‘Yasufuku San’ dan ‘Wagyu F2’ yang sememangnya diternak untuk pasaran global dan mendapat permintaan tinggi dalam industri kulinari,” katanya.

Menurutnya lagi, daging wagyu memang menjadi buruan penggemar daging lembu kerana teksturnya yang lembut seperti mentega serta seakan-akan cair di dalam mulut apabila dimakan. Ia juga mempunyai bintik-bintik lemak putih halus yang tinggi di seluruh bahagian daging.

“Saya tidak akan menjualnya walau setinggi mana pun harga yang ditawarkan kerana lembu ini dipelihara untuk kegunaan sendiri. Jadi, tidak perlu lagi kami membelinya di pasaran premium.

“Lembu ini juga telah dijadikan lembu baka untuk dikacukkan dengan lembu-lembu jenis lain supaya dapat terus membiak dengan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN