Pelacur warga Afrika tak serik, kembali ‘beraksi’ di Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kawasan sekitar Changkat, Bukit Bintang terus menjadi lokasi panas aktiviti pelacuran membabitkan wanita warga benua Afrika meskipun baru diserbu Jabatan Imigresen Malaysia lima hari lalu.

Dalam serbuan Ops Gegar kira-kira jam 5.15 pagi hari ini, ada dalam kalangan mereka yang bertindak nekad sehingga ‘tercium’ jalan tar akibat bergelut ketika cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Serbuan itu membawa kepada penahanan seramai 17 individu terdiri daripada 11 wanita dan enam lelaki.

Kesemua wanita yang ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan persundalan membabitkan tujuh warga benua Afrika, Kemboja (3) dan Vietnam (1), manakala enam lelaki warga Sri Lanka, Bangladesh serta Thailand turut diberkas.

Tinjauan di lokasi mendapati kegiatan menawarkan perkhidmatan seksual masih rancak dijalankan walaupun sudah melepasi jam 5 pagi, dengan wanita warga Afrika terbabit menyasarkan pelancong dan pekerja warga asing yang baru selesai berhibur.

Sementara itu, wanita warga Kemboja dan Vietnam pula dikesan berselindung di sebalik perniagaan rumah urut sebagai helah menarik pelanggan sebelum menawarkan khidmat tidak bermoral di bilik kecil di bahagian atas premis.

Walaupun risalah yang diedarkan di kaki lima sekadar mempromosikan urutan seluruh badan, pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menemukan kondom dan minyak pelincir yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pelacuran.

Pemeriksaan turut mendedahkan kewujudan pintu rahsia yang bersambung dengan tangga khas di bahagian belakang rumah urut sebagai laluan lolos kecemasan, selain dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan pergerakan pihak berkuasa.

Operasi bersepadu itu turut disertai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Terdahulu, media melaporkan seramai 25 wanita warga asing ditahan menerusi Ops Gegar di lokasi sama pada Selasa lalu kerana disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti pelacuran secara sambilan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN