Semangat menyemarakkan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 bakal dibawa ke Pantai Timur bermula hari ini hingga 23 November.

Jelajah promosi Sukan SEA 2027 meriahkan Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semangat menyemarakkan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027 bakal dibawa ke Pantai Timur menerusi program Jelajah Promosi @Pantai Timur bermula hari ini hingga 23 November.

Menurut Bahagian Komunikasi & Media, Sekretariat MASOC 2027, jelajah selama empat hari itu melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan sebagai usaha memperluas kesedaran masyarakat mengenai penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara tersebut.

“Jelajah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperluas kesedaran masyarakat mengenai penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu, selain mengajak rakyat untuk bersama-sama menyokong dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027,” menurut kenyataan itu.

Menerusi program berkenaan, orang ramai turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti promosi yang diadakan di beberapa lokasi tumpuan awam termasuk kawasan rekreasi, pantai, pusat komuniti, institusi pendidikan dan lokasi ikonik.

Bagi negeri Pahang, jelajah bermula di Go’ Bang Maju, Temerloh pada pukul 11 pagi hari ini sebelum diteruskan ke Teluk Cempedak pada pukul 5.30 petang.

Pada 21 November, beberapa lokasi lain turut menjadi persinggahan termasuk Pantai Teluk Kempadang pada pukul 8 pagi dan Pantai Balok pada pukul 12 tengah hari.

Jelajah kemudian diteruskan ke Terengganu pada 22 November dengan persinggahan pertama di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada pukul 7 pagi.

Seterusnya, orang ramai boleh mengunjungi Pasar Payang pada pukul 1 petang sebelum aktiviti promosi diteruskan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada pukul 5 petang.

Sementara itu, Kelantan menjadi destinasi terakhir jelajah berkenaan pada 23 November dengan Universiti Malaysia Kelantan dipilih sebagai lokasi pertama pada pukul 10 pagi.

Program tersebut kemudian berakhir di Mydin Tunjung pada pukul 3 petang.

Dalam pada itu, rakan media di ketiga-tiga negeri turut dijemput membuat liputan bagi menyampaikan maklumat serta kemeriahan program kepada masyarakat setempat.

Malaysia bakal menyambut kehadiran atlet terbaik rantau ASEAN menerusi penganjuran Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 pada 2027.

Menerusi tema ‘Raikan Perpaduan’ atau ‘Celebrating Unity’, orang ramai digalakkan untuk bersama-sama menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan menjelang temasya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN