Daniesh Rayqal.

Daniesh Rayqal hilang, motosikal turut ‘lesap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas disedari tiada di rumah di Taman Seraya, di sini, pada 16 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kehilangan remaja dikenali sebagai Muhammad Daniesh Rayqal Ramadi itu disedari bapanya kira-kira pukul 7 pagi.

Menurutnya, orang hilang (OH) berkenaan dipercayai keluar bersama sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna hijau.

“Pengadu sudah mencari anaknya di merata-rata kawasan, namun masih gagal menemuinya sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Daniesh Rayqal mempunyai ketinggian 172 sentimeter, berat 52 kilogram dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Wan Norfazreen Wan Fauzi menerusi talian 019-7265122 atau hadir ke balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN